Tuesday, May 20, 2014

PENGENALAN – SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sekolah ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1997. Mula beroperasi sepenuhnya pada tanggal 1 April 1997. Sekolah ini beroperasi dengan mempunyai 4 blok bangunan.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (2).
 Kini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik sesuai dengan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Shah Alam yang sinonim dengan nama BANDAR ANGGERIK.

Motto Sekolah ini ialah “Berdisiplin, Cemerlang dan Berwawasan”.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik  telah diwujudkan pada tahun 1997 dan memulakan operasinya pada tahun yang sama, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah kerana istilah Pusat Sumber Sekolah dapat memberikan gambaran yang lebih tepat untuk digunakan.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik terdiri daripada sebuah bilik Perpustakaan,mini auditorium,galeri kejayaan sekolah,sebuah bilik Tayangan,bilik-bilik rangkaian,pondok-pondok ilmu.sudut bacaan kelas, bilik SAL dan taman sumber,Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik  mempunyai Bilik Bahan Bantu Belajar/Mengajar dan kebanyakkan Alat Bantu Mengajar diletakkan di bilik-bilik khas seperti Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni, Makmal Sains dan Bilik Tayangan.

Lokasi Pusat Sumber/Perpustakaan Sekolah terletak di tingkat dua bangunan blok A. Ianya merangkumi sebuah bilik utama yang berukuran lebih kurang 3 ‘bay’. Bilik Tayangan pula terletak di aras bawah di blok yang sama dan berukuran  3 ‘bay’ manakala Bilik Bahan Bantu Mengajar/Belajar pula terletak di belakang Bilik Guru yang terdiri daripada dua buah kontena.
Kini PSS Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, memainkan peranan penting dalam pembangunan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan prasarana kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

0 comments:

Post a Comment

ANDA PENGUNJUNG BERTUAH HARI INI

Free Hit Counter

Penghakiman Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2014

Penghakiman Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2014

.

.