This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

KEMUDAHAN PSS

Pelbagai Kemudahan Kaunter Sirkulasi,Ruang Bacaan Buku dan Majalah

Perasmian Anngerik FM

Farah Fauzana DJ Hot Fm Sedang merasmikan Anggerik Fm.

Thursday, May 22, 2014

LITERASI MAKLUMAT

KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara: 
1.    Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
2.    Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
3.    Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
4.    Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,   berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5.    Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
6.    Pembangunan ICT dalam pendidikan
7.    Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
8.    Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup

Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
1.    Organisasi  maya (Virtual Organization)
2.    Bertindak  sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
3.    Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang      pelbagai
4.    Penggunaan   komputer dan sistem elektronik
5.    Setiap   organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning      Organization)

Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
1.    boleh  mengenalpasti maklumat yang diperlukan
2.    boleh  mengenalpasti bila maklumat diperlukan
3.    bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
4.    menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
5.    menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
6.    melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan      atau teknologi
7.    mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya
3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.
PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca
Di Malaysia  model-model yang diguna pakai  adalah :
a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi   Tugasan
1.      Kenalpasti masalah
2.       Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
§    kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat   mengikut keutamaan
Lokasi   dan Akses
§    kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
§    mencari maklumat yang relevan
Mengguna   maklumat
1.      kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
2.      meringkaskan maklumat yang panjang lebar
3.      mencatat  sumber maklumat yang diperolehi
4.      membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis
1.      mengurus  dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
2.      melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
3.      mengambil  bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
4.      mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
Penilaian
1.      menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
2.      menilai  proses perjalanan pencarian maklumat
3.      mencadangkan  penambahbaikan
4.      kenalpasti  keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan


Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
1.     Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
2.    Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
3.    Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
4.    Peningkatan Penyebaran Maklumat
5.      Peningkatan Pencapaian Akademik
6.    Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
7.    Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
Bacaan tambahan berkaitan Literasi maklumat

Wednesday, May 21, 2014

EDU WEB TV

  • PENGENALAN
EDUWEBTV telah dibangunkan oleh (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua, juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.
  • DEFINISI
merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses(P&P)
  • VISI
Portal Pendidikan berasaskan Video menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video
  • MISI
Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.
  • COGANKATA
“Pendidikan Digital Untuk Semua” (Digital Education for All)
  • SALURAN EDUWEBTV
EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.
Terdapat 7saluran – Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.
  • BERITA
Video berkaitan aktiviti KPM
2 bahasa (Melayu dan Inggeris)
Saluran berbentuk Berita dalam Pendidikan (News in Education) – aktiviti KPM, isu semasa pendidikan, polisi kerajaan dan program pendidikan di sekolah
  • AKADEMIK
Video berkaitan akademik seperti kursus ahli akademik dalam dan luar Negara
Guru dan Murid dapat mengalami pengalaman yang sama
Pembakar semangat dan pencetus inspirasi
  • RENCANA
Rancangan khas – sebaran dan perkongsian maklumat
Contoh – Pendidikan Teknik dan Vokasional
Aktiviti pendidikan dan amalan-amalan terbaik
  • WAWANCARA
Saluran video wawancara atau temubual bersama Personaliti Pendidikan yang berperanan mewarnai halatuju
program dan agenda pendidikan negara
Mengenali Personaliti Pendidikan
Isu yang diwawancara sebagai panduan
  • TV PENDIDIKAN
Bahan P&P yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
Rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah
TV Pendidikan secara atas talian
Matapelajaran – Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah.
  • INTERAKTIF
Video program utama KPM seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)Pembestarian Sekolah
  • SIARAN LANGSUNG
Rakaman siaran langsung program anjuran KPM
Contoh – Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008
  • JENIS PENGGUNA
Pentadbir Sistem
Pengguna Akhir
Orang Awam
Guru
Murid
  • KEPERLUAN ASAS
Pelayar Web – Internet Explorer (6 dan ke atas)
Windows Media Player (9 dan ke atas)
Saiz paparan – 1024 x 768 ‘pixel’
Sistem Pengoperasian – Windows 98
Akaun E-mel (Pendaftaran EDUWEBTV)
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila layari : http://www.eduwebtv.com

BANTUAN









Hubungi Kami


PUSAT SUMBER SK BANDAR ANGGERIK
SK BANDAR ANGGERIK,
Jalan Nuri 6/1, Seksyen 6,
Selangor.
Tel : 03-55125482
Fax : 03-55119015
Website : http://pssskbandaranggerik.blogspot.com/
Email : pssskba@gmail.com
Waktu Perkhidmatan
ISNIN – KHAMIS
7.40 pagi – 5.00 petang
JUMAAT
7.40 pagi – 12.30 tengah hari
2.40 petang – 5.00 petang
SABTU/AHAD/HARI KELEPASAN AM
Dibuka sekiranya ada permintaan

Tuesday, May 20, 2014

PENGENALAN – SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sekolah ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1997. Mula beroperasi sepenuhnya pada tanggal 1 April 1997. Sekolah ini beroperasi dengan mempunyai 4 blok bangunan.
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (2).
 Kini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik sesuai dengan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Shah Alam yang sinonim dengan nama BANDAR ANGGERIK.

Motto Sekolah ini ialah “Berdisiplin, Cemerlang dan Berwawasan”.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik  telah diwujudkan pada tahun 1997 dan memulakan operasinya pada tahun yang sama, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah kerana istilah Pusat Sumber Sekolah dapat memberikan gambaran yang lebih tepat untuk digunakan.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik terdiri daripada sebuah bilik Perpustakaan,mini auditorium,galeri kejayaan sekolah,sebuah bilik Tayangan,bilik-bilik rangkaian,pondok-pondok ilmu.sudut bacaan kelas, bilik SAL dan taman sumber,Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik  mempunyai Bilik Bahan Bantu Belajar/Mengajar dan kebanyakkan Alat Bantu Mengajar diletakkan di bilik-bilik khas seperti Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni, Makmal Sains dan Bilik Tayangan.

Lokasi Pusat Sumber/Perpustakaan Sekolah terletak di tingkat dua bangunan blok A. Ianya merangkumi sebuah bilik utama yang berukuran lebih kurang 3 ‘bay’. Bilik Tayangan pula terletak di aras bawah di blok yang sama dan berukuran  3 ‘bay’ manakala Bilik Bahan Bantu Mengajar/Belajar pula terletak di belakang Bilik Guru yang terdiri daripada dua buah kontena.
Kini PSS Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, memainkan peranan penting dalam pembangunan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan prasarana kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Monday, May 19, 2014

Seminar Intergriti KPM - 8 Mac 2014

Mesyuarat Agung PIBG ke 17 - 1 Mac 2014

Lawatan Audit BSM KPM - 24 Feb 2014

Lawatan Penandaarasan SK Bukit Jelutong - 20 Feb 2014

Lawatan Penandaarasan SK Jalan Kebun Klang - 11 Feb 2014

Permuafakatan Tahun 6 - 8 Feb 2014

Merentas Desa - 30 Jan 2014

Watikah Pelantikan Pengawas - 28 Jan 2014

Sambutan Maulidur Rasul - 24 Jan 2014

Program Ladap VLE-Frog - 23 Jan 2014

Program Maju Diri (PMD) - 23 Jan 2014

Bantuan Persekolahan RM100 - 22 Jan 2014

Progra Tandas BMW 11 Jan 2014

Hari Pertama Sesi Persekolahan - 2 Jan 2014

Hari Orientasi dan Tahun Satu - 28 Dis 2013

Mesyuarat Guru di BTPN Seksyen 19, Shah Alam - 23 & 24 DIS 2013

Thursday, April 17, 2014

Lokasi di dalam Pusat Sumber Sekolah


Ruangan Tetamu


 Kaunter Sirkulasi


 Sudut Ilmu


 Pentas Bercerita


Ruang Membaca Terbuka


Pameran Tradisional

Selamat Datang ke Pusat Sumber SK Bandar Anggerik


ANDA PENGUNJUNG BERTUAH HARI INI

Free Hit Counter

Penghakiman Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2014

Penghakiman Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2014

.

.